|
5 Feb '09 ( khamis) hari ni group im kena kumpul kat 1st floor 5th hostel, sebab our photographer nak tunjuk hasil kerja dia semalam.hari ni kena bayar extra 300rb untuk cd.tak nafi untuk convo ni banyak kena belanja.tak pe.asal puas hati dan gembira. ye tak? terus im ke bilik ambil barang yang perlu im bawa ke moscow malam ni..kasut,blanket dll. trus ke uni untuk urusan translation diplome. kena mengadap inspector dulu-cek semua sijil dan ambil diplome,kemudian ambil surat dari secretary then serah semua dokumen pada abe. pastu kena beratur pula depan ovir untuk ambil salinan visa untuk ke moscow.kat sini sejam berdiri.memang penat la.abis je kat sini,singgah sebentar ke evropa sebab ahad ni kami(my group) akan buat our last group party.im akan masak ayam kicap berempah nanti. tak lama pun di evropa, trus balik rumah.delete gambar dari digicam,charge hp& cam, mandi.sempat lagi tu chat kejap ngan orang tu.hehe.makan benjo dan trus bersiap. lambat pula firas( driver taxi) sampai. im lewat sampai kat 4th hostel 5minit.elok je im naik bas, terus je bertolak. kali ni im ikut porgram KMSA- 1 day trip to moscow. smuanya kerana mahu bergambar di Red Square.ini bukanlah pertama kali im ke sana, tapi kali ke-3..tapi im tak jumpa mana gambar dulu.pun bayaran kali ni sama je kalau naik ketapi. 1250rb=rm125 sepanjang perjalanan im tidak boleh tidur.maybe terlalu penat/ tak selesa.lebih dari 3 kali( 5kali rasanya) bas berenti dek masalah tayar tak cukup angin.huhu.ada sekali jam 3lebih pagi,kami kena berdiri di luar bas in the middle of no where dengan sejuk yang amat sangat. 6 Feb '09 (jumaat) pukul 9.30 pagi baru kami 25 orang( 1ibu, 4graduates & 20juniors) sampai di McD luar Moscow.bayangkanlah selepas 12jam perjalanan.memang penat. sejam saja kami ada untuk slesakan diri & breakfast. destinasi pertama yang kami tuju semestinya Red Square, Kremlin. di sini bergambarlah sepuas hati. im tak masuk pun dalam kremlin, sebab pimpin mak ruben.sian dia sebab tak tahan sejuk,tambahan pula ada masalah kesihatan= spondyloankylosis, asthma, Dm. pas puas jalan, kami singgah di sbarro, untuk minum teh dan makan cheesecake. kami jalan semula ke arah bas .lama betul kami tersekat di dalam kesesakan lalu- lintas. ikut rancangan asal, kami sepatutnya ke ismailovsky park tapi terpaksa terus ke Old Arbat street. di sini la kami hanya ada sejam sahaja untuk membeli souvenirs. tak de apa yang im cari melainkan music box & snow globe.hehe.tak lupa juga im beli topi bulu untuk ayah( dulu masa 1st year ayah ada sebut nak). pastu kami ke destinasi seterusnya, Darwin museum.sampai pun dah lewat sebab traffic jam lagi.im & ruben hanya turun dan jalan kejap,sekadar bergambar dan balik semula ke dalam bas menanti juniors . driver bas nampaknya sesat semasa menuju ke Mega-Ashan-Ikea.adala 2jam kami tersangkut lagi dalam traffic.memang kena banyak sabar. dah la im rasa lapar sangat sebab tapi tahankan aja. sesampai je kat Mega,terus sahaja ke tempat makan. Tentu sahaja im cari nasi dan restoran arab yang im tuju dahulu.di sini kami hnya ada 2jam sahaja( 8-10malam) sebelum bertolak balik. sejam je dah ambil masa untuk makan,sejam lagi im ambil untuk merewang di dalam Mega( pernah im pegi di sini masa 2nd year bersama muni,anna,malik,ahmad,nizam). hanya pukul 10.30 kami bertolak selepas semua selesai urusan masing-masing.pada mulanya im tak dapat tidur, lama-lama kalah juga mata ni. tapi apa yang im pasti,ada bau alcohol yang meloyakan masa tu. 7 Feb '09(sabtu) 2kali im terjaga untuk membetulkan posisi duduk.syukur sebelah im tak de orang(tak macam mula pegi)..lenguh leher im dek tidur berpaling ke kiri.malang tidak berbau.jam 5.20pagi macam tu,im terjaga dengan hentakan kepala ke kerusi depan.Allah...dan im senget ke kanan. Astaghfirullah..rupanya bas yang im naik tu sudah senget ke kanan.im duduk di kerusi belah kiri.jadinya badan im senget sebelah.huhu.trus kecoh kejap.terdengar ada yang menjerit..dan im pasti tu mak ruben yang duduk di kerusi depan sekali. terus sahaja driver matikan enjin dan keluar dari bas.aduhai...apa yang terjadi sebenarnya??? syukur ada beberapa lelaki yang benar lelaki cepat berfikir.mereka terus keluar dari bas dan memaklumkan keadaan semasa kami.rupanya kami telah jatuh terjunam ke kanan jalan dalam 10meter dan bas tersekat di dalam snow yang tebat. perasaan im? mestilah takut.istighfar tak putus-putus .mula la ingat famili di malaysia. terus sahaja mesej abang dan call kakak.rasa bersalah sebenarnya ganggu kakak tidur seawal pagi 5.25pagi tapi im risau seandainya apa-apa terjadi pada diri im,sekurangnya ada orang di kursk yang im rapat tau keadaan im. ummi,maafkan along tak terus maklumkan pada ummi ,kerana along tak mau ummi risau.terima kasih abang kerana bekerjasama.harap ummi faham.dan along yakin ummi faham kenapa along mengambil tindakan tu. memang sejuk kami dalam bas tu.iyela,tanpa enjin...heater pun tak berfungsi.menggigil..dan sakit jari-jari kaki kanan im sebab bertahan untuk tampung badan dari jatuh. masa tu allan( wakil KMSA) yang bertanggungjawab terus call pengerusi ,abg J dan juga salah seorang KMSA (marcus yang bercuti di moscow-ikut kami dalam rombongan ) untuk urusan bas yang baru. kedudukan kejadian dari kursk adalah 200km.bayangkan kami perlu menanti bas ganti dari kursk..busuk-busuk pun bas hanya sampai selep[as 2jam dalam pukul 7 macam tu.tuhan je yang tahu betapa risau nya hati kami 23orang ini. syukur bantuan Allah sampai, ada satu mashrut( van sampai) dan kami seramai 23 orang ini menaiki dam bersempit-sempit.ada beberapa yang berdiri di belakang.masa tu jam 6.40pagi..ada seorang junior yang bantu im naik ke jalan kerana snow tersangat tinggi sampai ke lutut.syukur im dapat duduk di kerusi depan bersama ruben. malam tu memang snowing.dan dari cerita yang im terima dari mereka yang masih berjaga ketika kejadian,dipercayai driver tertidur dan terus menghimpit ke kanan jalan.astagfirullah...dan im yakin dia mabuk.dan im perasan ..kalau sebelum ni si pokcik driver ni marah-marah(maybe sebab masalah tayar dia), lepas je incident tu,nampak dia rasa bersalah sangat dan diam membatu. masa mula van berjalan,im cadang untuk berjaga sahaja.tapi tertidur juga akhirnya.dek penat dari sebelum hari convo lagi... dalam jam 7lebih,kami sampai di satu station bas,di sini 8orang termasuk im di kehendaki pindah ke mashrut yang lagi satu.kali ni im sendiri volunteer duduk kerusi depan. sempat im ambil video keadaan jalan-raya di russia.dari sini,kami masih punya 100km seleum sampai di kursk. terlena juga im . selepas pokcik driver hantar 7orang yang lain di 4th hostel termasuk ruben& mak dia, im minta tolong pakcik tu hantar im ke junction jalan masuk ke rumah kakak.dan im sampai rumah pukul 9.50pagi. masa tu nampak kakak& abe nampak bizi simpan barang sebab ada orang akan datang pasang pintu untuk bilik belakang &dapur.selepas mandi,trus im berehat di dalam bilik dan breakfast sebelum bercerita hal sebenar dan layan hindustan yang kami tengok dulu( kes tak sempat habis ) untuk biar tidur.im hanya tidur jam 2lebih dan terjaga jam 5. sungguh ku tak sangka.sebelum im tidur im call ummi.syukurlah kami semua selamat dan dilindungi Allah.alhamdulillah. TQ ALLAH...TQ ALLAH..TQ ALLAH... im tau im masih penat,malam tu juga im pastikan masak ayam kicap untuk party esok.dan malam tu im tidur dengan lena sekali. bismikallahumma ahya wa amut~~~ |
| Leave a Comment: |