dr_fatimah
May 7th 1983  (Age 26)
Female
Kursk

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, January 30, 2009
29hb Jan 2009 sudah berlalu dengan syukur

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH

semalam merupakan hari yang paling melegakan.apa tidaknya selepas Prof. Sarayev mengumumkan keputusan kami ( group 29,30,31) untuk peperiksaan lisan Internal Medicine...masing2 bersalaman dengan gembira sekali menandakan telah tamat perjuangan ilmu di KSMU.

im sendiri bersyukur dengan result kali ni,peningkatan yg memberangsangkan.smua ini dengan izinNya...alhamdulillah (33x)

soklan im yg dpt semalam- Chronic Heart Failure, Differential diagnosis of B12 deficiency anemia and Aplastic anemia. Ischemic form of diabetic foot( and diferential diagnosis with neuropathy of diabetic foot). Viral hepatitis & Fulminant hepatitis.fuhh,3panel im kena ngadap semalam.kawan2 yg lain hnya 2 org je( kebetulan im dpt 3section-internal med,endocrinology & infectious didease).alhamdulillah (33x)

slesai exam trus ke uni.ambil obxatnoi list kat OVIR.naik 2nd floor jumpa dengan secretary untuk sign (LAGI!) diplome supplement...kira kena cek ejaan nama,tarikh lahir,tahun masuk dan tamat,markah2 smua pelajaran dll.trus jumpa inspector pula untuk zachut dia, tapi masa ni im rasa sedih sangat sebabnya im kena pulangkan student card yg slama 6thn ni im bawa ke mana-mana(sentimental rasanya semalam)...dengan tak semena-mena im kluarkan camera dr dalam handbag trus ambil gmbr.

slesai kat sini,turun bawah masuk ofis Mr Muhammad untuk urusan translation degree nanti.tapi rupanya abe kata datang pada 4hb nanti dengan degree,OK dengan senang hati sekali.

masa tunggu kakak sampai,sempat call ayah berkongsi berita gembira.ada sebak di hati kami.im dapat dengar getar suara ayah.oh tuhan,daku benar2 bersyukur walaupun lewat 6bulan dari kawan2 yg lain akhirnya tamat jua akhirnya. cuba call rumah, dan hp ummi tapi tak berangkat.penat barangkali,xmengapalah.

kakak call trus kua ke perkarangan uni.masa tu nampak kakak keluar dari taxi yevgeni,trus kakak menoleh.ingatkan kenapalah agaknya...sesampai je im dekat kereta trus kakak spray im dengan pewarna pink yg selalu org pakai masa party.hehehe.serius terpranjat.trus peluk kakak,rasa lega sangat walau tiada ahli famili im di sini sekurangnya kakak bersama untuk berkongsi kegembiraan im,masuk je kereta tengok2 ada belon2 yang sangat cantik dengan kad lagi tu.terima kasih kakak&abe.sungguh terharu.

sbnrnya nk pi jmpa master make up untuk trial.tapi sebelum tu pi lunch dulu kat Vremya Est,selesai kat situ trus pi L'etual.Im puas hati dengan hasil dia.org yg make up tu mmg lawa. slesai je kat sini,im sempat ke CC untuk urusan credit internet bulan depan(aikk,nak balik pun masih top up ke..hehe mestilah im mana bleh dipisahkan dengan i'net).

balik hostel,kakak tunggu dalam keta sambil borak2 dengan yevgeni.sama2 masuk hostel ,sebelum sempat ambil gambr n video-suka-hati-gembira-habis-exam-lagi-dapat-hadiah.Shadeshehe.ambil apa yg memang patut dan trus balik rumah kakak.lama sungguh im ke sini(sebulan lebih-gara2 exam).sebelum tu sempat kena cakar dek kero(kucing aliah&adik-tuan baru dia).huhu.tak mengapalah...kenangan 29hb jan 2009.

malam pas cuba itu ini,akhirnya dapat cakap dengan mi.dapat im dengar suara gembira+lega mi.ye,akhirnya penantian kami sekeluarga berakhir jua.alhamdulillah (33x)

masa duduk kat sofa kakak pas makan tu,im xtau bila i m leh tertido.yang pasti im cuma sedar bila kakak suruh baring.ni gara2 dek lebih 24jam tak tido sebelum exam.Smile tidur yang lena.

ni pun tadi ada rehersal kt pharmacorpus.masing2 nampak excited.our vice dean, Dr galena pun datang pantau kami yg masing2 happy.hehe.ada juga beberapa parents yg turut serta.sedih juga sebab ummi tak dpt hadir sama tapi im pasti ada hikmah di sebalik perancangan Allah ni.

p/s: sekarang ni im sangat tak sabar menanti 4hb feb 2009.majlis konvokesyen KSMU ke-20.khabarnya ada wakil dr embassy akan datang buat julung-julung kalinya.


Posted at 07:52 pm by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Monday, January 26, 2009
pre-O&G written exam

layan lagu ni tika kepala sangat tepu...

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

( bestnya bayang si dia yang nyanyi kan-oh sangat mengada cik im ..hehe)


Posted at 06:20 am by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Thursday, January 15, 2009
perihal buku BESAR

sekarang ni jam 12.19malam waktu russia.mata cik im dah sepet dek pening plus ngantuk tapi masih cuba untuk baca surgery semampu yang boleh.pening bukan apa,dek ada 4 benda yang membenjol kat dahi.uhuhu.

hari ni langsung tak slera nak makan.petang pas pegi dean's office(pasni im citer), trus goreng keropok yang ibu bagi.makan dengan sos dari m'sia.sekarang ni tengah habiskan stok-stok makanan msia.sekarang ni,dah lapar.so bancuh air milo panas.jemput minum smua...

pukul 5 tadi, semua bakal graduan batch winter'09 kena berkumpul kat koridor dean's office.kami kena masuk ikut kumpulan.lama la juga tadi tunggu sebab serina& kwang wei sampai lambat dr waktu sepatutnya.adala 20min tunggu.huhu.hari ni kami semua dikehendaki menandatangani BUKU BESAR( serius memang besar buku ni~lebih kurang saiz meja kat ofis tu).sebelum tu,kami dikehendaki cek ejaan nama memasing (guna russian alphabet). dan nama im berada di no.2833. ada 3 orang yang memerhati kami buat keje(sign buku tu): Dr Galena( our vice dean), secretary & sorang lagi russian lady.

tinggal beberapa tapak je lagi im bakal sampai kemuncak kejayaan.itu ayat semangat yang mi selalu tiupkan kat im.terima kasih mi kerana selalu bersama along.terima kasih ayah atas doa dan restu.sayang mi & sayang ayah.

semalam (13.1) masa O&G skill exam im dapat 23y.o patient, G1P0( 1st pregnancy ) 35/36weeks with Intrauterine infection.complication of pregnancy-polyhydramnion & amnionitis.without extrauterine pathology.Panel im kali ni Dr Angalova & Dr spiderman( ophtalmologist). tak sangka hari ni Angalova betul2 baik(tak seperti yang im suffered 3minggu lebih dengan dia masa bulan tiga 2008).alhamdulillah untuk skill, im hanya perlu ukur abdominal circumference & fundus height. and estimate fetal weight.then kena pilih envelop, dalam tu ada Ultrasound paper( 1st trimester ) & CTG ( mixed myoma).alhamdulillah.im puas hati kali ni.

ok lah...nak sambung minum milo,nanti sejuk pula.mudah2an dipermudahkan surgery skill.harap2 tak dapat combo ni-Dr G&Prof S.wink.ameen.

SELAMAT HARI LAHIR KE-56 ABAH


Posted at 12:18 am by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Monday, January 12, 2009
take a break..hehe

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa yang sedih sangat tu?

Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.. .adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????


Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya : 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat.." Assalamualaikum" " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 5

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi
tuan polis : selamat pagi
tuan polis : apa hal ?
orang asli : saya nak buat repot
tuan polis : fasal apa tu ?
orang asli : kawan saya di baham harimau
tuan polis : pukul berapa ?
orang asli : dia tak pukul, terkam
tuan polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 6

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

 

di saat2 genting macam ni,ketawa mampu membuat kotak fikiran ni rasa lapang sebentar...hehe...Big Smile 


Posted at 12:20 am by dr_fatimah
baru (2) je?  

Sunday, January 11, 2009
rindu tol nak menaip kat blog ni

apa nak taip hari ni yer?!

  1. alhamdulillah dh pas exm  therapy skill semalam . dapat 60y.o female with peptic ulcer.dlm file im ada 4 analysis- ECG ( AV Block- Mobitz 1), blood (polycythemia) , urine (normal zimminitsky test) and xray (lobar pneumonia).
  2. abg ngah hari ni start keje.gambatte!!!
  3. pukul 4 tadi PPIM anjuran solat hajat.seperti biasa muslimat 5th hostel kumpul kat hall rumah kami. majlis dimulakan dengan bacaan mathurat sementara menunggu azan maghrib. im diberi penghormatan utk membaca fadhilat mathurat (bak kata dila: nak dengar la kak im sebab dah nak grad) dan mengimamkan solat maghrib ( hir pula kata : bila lagi nak jadi imam kat kursk). aduhai...im hanya mampu tersenyum tapi dalam hati tuhan je tau betapa bergelora perasaanku ini.
  4. mandikan si vivo dengan special talcum.dah 2minggu dia tinggal ngan im, 2 kali juga im dh mandikan.wahh...rajinnya aunty imm...hehe.hari ni vivo sangat kacak bergaya sebab terlalu putih..memang sesuai dengan namanya 'awan vivo'.
  5. sejak akhir tahun lepas sehingga ke hari ni,selang sehari im PASTI call ummi.ini la syndrome exam namanya,lagi tensen lagi cepat credit mig33 habis.pastu apa lagi,dok msg kat lahiru( sri lankan-batchmate) minta dia tou up kan.
  6. sejuk nya bilik ni cam dok dalam igloo (rumah eskimo tu)...
  7. tak sabar nak balik MALAYSIA!!!!!!!

Posted at 11:51 pm by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Thursday, December 25, 2008
FINAL EXAM @ GOS EXAM @ STATE EXAM

semalam

  1. Alhamdulillah dia dah selamat sampai.kunjungan itu amatlah menggembirakan banyak hati.terima kasih.IM' HAPPY.
  2. hari ni dah pi ambil convocation robe
  3. pi saloon, had a hair cut sempena exam& awl muharram-new-hair-style. im look more younger.hwahwahwa...(tapi seriously,tak caya tanya kakak.hehe.makacih kak temankan im hr ni).blink-blink.
  4. pi 3tempat ( 2Bethoven & evropa) nk bli bekalan mknn vivo utk sbulan.kes mak angkat dia ni nk 'culik' jap utk sebulan.penawar hati di masa2 exam.cewwahh...
  5. pekena 2pinggan pasta @ italian restauraunt(seriously lapar tahap dewa-dewi.kakak banja.makacih,byk pahala dia.)
  6. menyempat je ke TBOE & Yves Rocher (so-called-pre-exam-self-reward).bwekk..hehe.
  7. balik dah penat,mandi2,ni sambil pekena hot milo,taip jap entry & baru nak tulis individual work(dalam 6mukasurat...huarggg....)

hari ni

im dalam keadaan super-duper stress-free( idok ler..jangan percaya)..apa taknya esok mula FINAL EXAM!!!!!!! dengan pemurah hatinya im kongsi kat sini jadual exam yg bakal im duduki dalam masa tiga-puluh-hari- bermula-dari-esok.

  1. 26.12.08 --> Pediatrics Practical Skill ~ Oral exam ~
  2. 29.12.08 --> MCQ
  3. 10.1.09 --> Internal Diseases Practical Skill ~ Oral exam ~
  4. 13.1.09 --> O&G Practical Skill ~ Oral exam ~
  5. 15.1.09 --> Surgery Practical Skill ~Oral exam ~
  6. 17.1.09 --> ALL TASK ( Internal Diseases+O&G+Surgery+Public Health)
  7. 19.1.09 --> Pediatrics Written
  8. 22.1.09 --> Surgery Written
  9. 26.1.09 --> O&G written
  10. 29.1.09 --> Internal Diseases ~ Oral exam ~

di kesempatan ni, im mohon kawan2 yg ziarah ke tratak im ni sudi-sudikanlah doakanlah semoga sepanjang exam im diberi kesihatan,ketenangan hati&minda, dimudahkan agar mendapat soklan yang benar-benar im dapat jawab dengan baik sekali, dilembutkan hati semua panel ketika memeriksa im& kertas jawapan im  dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat.pohon dengan amat sangat.

USAHA ( im ) + DOA( im , famili & kawan-kawan ) + TAWAKAL ( im juga) ,moga hasilnya = KEJAYAAN , insya Allah Maqbul.ameen Ya Rabb.

 

 

ditaip oleh,                                                                              25 DISEMBER 2008

doc-to-be, Siti Fatimah Nur Binti Mohd Hanif (KURSK City, winter'08/09)


Posted at 01:06 am by dr_fatimah
baru (1) je?  

Tuesday, December 23, 2008
hari ini untuk dia

hari ni dalam sejarah ...selasa 23.12.2008. maka bermulalah kembara HIDUP untuk seorang insan selepas lama mengembara di luar. hari ni beliau akan pulang tanah air nya . mudah-mudahan segala urusan selepas ini diringankan dan diberkati ALLAH akan segala usahanya. serta dibuka segala pintu rezeki buat dirinya.ameen

kebetulan semalam im pun demam.mungkin demam dek kenang akan berpisah 'masa'. mungkin ada hikmahnya.siapa tahu kan.untung sabut, timbul.untung manusia...

selamat maju jaya untuk insan yang diraikan kepulangannya hari ini. ada rezeki jumpa lagi.jaga diri bebaik dan sampaikanlah salam daku buat seisi keluarga.

yang benar,

SFNMH

p/s-perasaan ku bercampur-baur. hanya tuhan yang tahu...

p/s2-moga diberi kekuatan pada hati yang serba lemah ini.ameen


Posted at 02:18 am by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Thursday, December 18, 2008
big girls don't cry

sekitar bulan disember...banyak yang telah berlaku dan bakal di tempuhi.

  1. raya haji yang paling sepi buat diri im khususnya.di sambut bersama vivo( kucing kakak yg semakin besar ).usai solat sunat raya yang hanya satu saf sahaja(muslimat), juadah pagi raya adalah mee goreng yg dimasak sebelumnya.kiranya tiada juadah khas. malam raya,bertakbir sendiri.terasa hiba raya sendirian kebetulan kakak ke moscow. apapun,sronok dpt cakap dengan smua-ayah,mi & adik2
  2. winter boot im koyak( ganas sangat ke im berjalan???), dan kesempatan untuk im pakai boot yg bertumit tinggi( tak de la hills sampai 3-5inci.warna cream ,sedondon dengan winter jacket baru im(tajaan OJP...makaceh banyak2).
  3. pilihanraya KSMA sesi 2008/09. kali ke-2 im membuang undi(kali pertama masa 2year).bertempat di hall 1.ikutkan hati ,takde faedahnya im membuang undi kali ni,kerana hanya berbaki 2bulan sahaja im di sini. tapi kali ni sebagai tanda sokongan kepada junior yg bersungguh berkempen.memang paling meriah dalam history KMSA. calon kali ni Anwar Fazal (AFAB) Vs. Abang J. komen peribadi im kali ni ada puak yang sengaja memainkan 'sentimen perkauman' yang sungguh menjelekkan pada hari mengundi tersebut. selama ni im tidak punya sebarang pendapat pada juniors...yapi pada petang tu im kurang berkenan dengan perangai mereka yang tidak matang dan tidak menghormati super senior. im dah tak sanggup tunggu kerana terlalu lama masa di bazirkan petang tu, dan ke esokkannya baru im tau Abang J menang dengan majoriti 87undi( tak de lah banyak mana). apapun selamat menjalankan tugas dan merealisasikan segala manifesto bagi pucuk pimpinan KMSA yg baru.
  4. terima msg dari ummi semalam.cik emy admitted to kajang hospital...denggi berdarah.moga cepat sembuh hendaknya.cik amin balas msg kata cik emy masih panas.
  5. entah kebelakangan ni sejak hujung november emosi im tak berapa stabil. pun tak nafi dek bahang GOS EXAM / STATE EXAM. kakak pun kata im 'garang semacam' masa bercakap dalam telefon(masa tu kawan call).huhu.sedih sebenarnya, im rasa im ni overprotective sangat.lagi2 ahli keluarga im.maafkan im kerana membuatkan hari-hari nya tidak ceria.
  6. bengang sangat dengan satu kedai gambar ni.dah 3kali pegi nk claim gambar im tapi ada je halnya.kesudahnnya im serah resit pada kakak untuk ambilnya nanti.sabar3...
  7. semalam pegi kedai jahit tpt jahis gradiation robe.depa suh datang remeasurement.memang betul..punya labuh menjela menyapu lantai robe tu.huhu.depa ukur balik lilitan kepala im.lama dh kami order,dari mid october.katanya esok siap by 5pm.harap baik la hasilnya,dah xsanggup pegi banyak kali.
  8. sebut pasal graduation robe,hari tu giliran kumpulan kami untuk ambil gambar  di studio dengan graduation robe untuk dimasukkan di dalam year book. ada semacam perasaan seronok masa mula sarung tu(walaupun bukan robe sendiri masa tu.hehe)
  9. hari ni birthday anna.Happy Birthday.pun terima berita gembira dr seseorang.andai benar itu orangnya,harap mereka bahgia hendaknya.weei~~
  10. esok hari terakhir untuk cycle surgery. dan tinggal seminggu je lagi untuk cycle pediatrics dan sem pun akn habis pada sabtu depan (27.12.08).moga semuanya urusan klas,zachut,uni,exams,sijil,ticket dimudahkan belaka.doakan yer. 

Posted at 11:25 pm by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Friday, November 28, 2008
habibuk giddan

Sadaani khalas,
Believe me, that's it.
Men bein el nas,
From amongst all people,
Habeitak wekhtartak leya.
I have loved you and have chosen you for myself.

Tool mana wayak,
As long as I am with you,
Odami malak.
There is an angel in front me
Khaleitni ma ghamaatsh einaya.
You have made me never shut my eyes.

Chorus 1:
Allah... ya salam.
Oh god.. wow!
Fe eneik ahla kalam.
In your eyes, I found the most beautiful words.

Chorus 2:
Arrab menni shwaya shwaya.
Come closer little by little.
Albi we albak sawa yetlao.
So my heart and yours can find eachother.
El donia enta maletha alaya.
You have filled my world.
Da el hob elli mahadesh daao.
This is the love nobody has ever tasted.

Arrab menni shwaya shwaya.
Come closer little by little.
Add mateqdar arab tani.
As much as you can, come closer.
El donia enta maletha alaya.
You have filled my world.
We kaeini makhlooq ala shani.
And it's like you were created just for me.

Ya araa el nas,
Oh most kind person,
Fe eneik ehsas.
There is affection in your eyes.
Be yakhodni maa bansa el donia.
When I see them, I forget the world.
Domini be edeik,
Embrace me with your arms,
Law ghali aleik.
If I am precious to you.
Madayash yareit wala sania.
Don't waste time, not even a second.

(Chorus 1)

(Chorus 2)

Habibi, habibi.
My darling, my darling.
Ana mehtaglak tefdal ganbi.
I need you to stay next to me.
Ah habibi,
Oh darling,
Add ma teqdar, arrab tani.
As much as possible, come closer.

(Chorus 2)

amr diab- sada3ni 7alas


Posted at 01:12 am by dr_fatimah
sudi nak bagi KOMEN?  

Friday, November 07, 2008
too many books,too little times

hari ni 7nov.tarikh yg tak mungkin dilupakan sejak 15tahun yg lepas.saban tahun tarikh ni pasti terimbau kembali kisah yang berlaku di sebalik tarikh ini.yer,hari ini dalam sejarah.

terus terang di saat ni im terlalu anxious...senang kata xsenang duduk.serba tak kena.oh tuhan,Engkaulah tempat ku berserah.hanya berbaki 52HARI sahaja lagi untuk im menduduki peperiksaan akhir sebagai pelajar.doakan im yer kawan2...

alhamdulillah dan tahniah untuk kawan2 im yang bakal memulakan tugas sebagai doktor muda(H.O) yang masing2 akan melapor diri pada 17hb ni.depa sekarang ni  kt pangkor untuk induction course.rezeki sungguh dapat hospital yang dekat dengan rumah.

  1. Dr Murni Noviana --> Hospital Ipoh
  2. Dr Anna Salwa --> Hospital Kuala Lumpur
  3. Dr Nik Mohd Adzrul Ariff --> Hospital Selayang
  4. Dr Piyaman --> Hospital Putrajaya
  5. Dr Fakhrur Razi --> Hospital Kuching

"Selamat Bertugas untuk mereka semua"

im sendiri mash berkira2 hospital manakah yang patut im pilih untuk posting nanti.kena pilih 3 je,meh tengok senarai kat bawah ni.mana tau sesapa ada cadangan kan..bleh aa kongsi dengan im.

  1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis Darussunnah
  2. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
  3. Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani
  4. Hospital Pulau Pinang
  5. Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
  6. Hospital Taiping, Perak
  7. Hospital Ipoh, Perak
  8. Hospital Teluk Intan, Perak
  9. Hospital Seri Manjung, Perak
  10. Hospital Kuala Lumpur
  11. Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang
  12. Hospital Selayang
  13. Hospital Kajang
  14. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
  15. Hospital Kuala Pilah
  16. Hospital Melaka
  17. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
  18. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  19. Hospital Batu Pahat, Johor DT
  20. Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan
  21. Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh
  22. Hospital Sultanah Nur Zahirah, K Terengganu
  23. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
  24. Hospital Umum Sarawak, Kuching
  25. Hospital Sibu, Sarawak
  26. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
  27. Hospital Tawau, Sabah
  28. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  29. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
  30. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  31. Hospital Putrajaya

 yang bertanda hijau  adalah antara pilihan im.tapi belum muktamad.kena fikir dari setiap sudut. yang bertanda kuning pula adalah antara hospital yang im teringin pegi( alasannya im teringin nak hijrah n merasa duduk luar dari selangor.itu sahaja!!)  dan yang bertanda merah pula dah memang ditegah ayah.hehe.ish...memang kena fikir sungguh2 ni..hanya tinggal 3bulan je lagi untuk im buat keputusan sebelum apply bulan 2 tahun 2009.moga dipermudahkan...

untuk orang yang sedang uruskan sijil muaqqatah, moga lancar smua yer...alfun mabruk!

im currently listening to "menghitung hari by kris dayanti"


Posted at 04:07 pm by dr_fatimah
baru (1) je?  

Previous Page Next Page