dr_fatimah
May 7th 1983  (Age 26)
Female
Kursk

   

<< February 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, February 04, 2009
MY GRADUATION DAY

hari ni 4FEB'09 merupakan hari yang im tunggu-tunggu dalam hidup im.seawal jam 5pagi im dah banguan dari tidur.tidak terus bangkit dari tempat tidur,im mesej dahulu keluarga di malaysia.belai dan manjakan vivo untuk 30minit dahulu baru im mandi menyegarkan diri.

breakfast im pagi ni nasi dan rendang daging.hehehe.walaupun awal,cukuplah setakat mengalas perut.nescafe sudah semestinya menjadi pilihan im.ikut rancangan Elena " master makiash" (make up artist) sampai jam 8.30pagi,tapi Elena sampai 15minit awal.jadi dia kena lah tungguh im bersiap dahulu.sementara tu syukur ada vivo,kebetulan Elena memang pecinta kucing...jadinya tidak la dia bosan menunggu.

8.40pagi baru  im bersedia untuk di-make up, selepas 45minit kemudian baru siap.trus im ke bilik untuk menukar baju dan pakai tudung.sungguh manja tudung im hari tu,kakak dah siap pun im belum juga siap.hehe.

pakcik yevgeni(taxi driver) kesayangan kami telah pun sedia menanti di bawah dari jam 10 lagi. im hanya turun 10.50.memang agak lewat im sampai ke dewan.ikut kan janji jam 10.30 pagi kumpulan kami sepakat untuk berada di sana.untuk bergambar sebelum majlis bermula.im fikir im orang terakhir, rupanya sirena &shamini lagi lambat.wink.

tidak IM sangka kakak datang membawa a bouquet of 13roses-6 pink roses & 7yellow roses. terima kasih kakak & abe. sungguh cantik susunannya dan trust me, roses di russia ni berat belaka.tidak seperti roses di malaysia,kurus sahaja tangkainya dan kecil bunganya.Wink

jam 11.45 kami semua telah beratur mengikut susunan nama& kumpulan.apabila VVIP sampai mereka mendahului perarakan masuk ke dalam Dewan Utama Pharmacorpus diikuti para graduan.perasaan im masa tu punya gembira dan tidak sabar rasanya.tidak im sangka dewan hari ni sungguh padat dan kakak duduk di kerusi belakang di sebelah kanan dewan.

sungguh hari ini adalah nyata.bukan mimpi lagi.hari ni merupakan MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-20 BAGI WINTER BATCH 2009. selepas 4graduan yang menerima RED DIPLOMA@ best students( di Russia semua anugerah berbentuk sijil di panggil diplom)  , im dan graduan yang lain menanti  giliran untuk menerima ijazah masing-masing.

im rasa gembira dan lega ketika menerima ijazah perubatan dari Acting-Rector kami, Prof Victor Anatolievich Lazarenko  Smua ini dengan izin Allah serta sokongan doa dan restu khususnya kedua ibu bapa im,nenek Mariam, adik-adik dan keluarga sekaliannya.walau mereka tidak dapat dapat hadir bersama di hari bahagia im, tapi im tau mereka juga meraikan bersama dari jauh.Smile Shades Big Smile

selepas ucapan demi ucapan,sesi angkat sumpah sebagai fresh graduates di ketuai oleh salah seorang kembar,Dr. Joulyn. masa ni di dalam hati im mohon kekuatan dan bantuan dari Allah mudah-mudahan program housemanship nanti dimudahkan.sebelum majlis tamat,wakil-wakil dari setiap kumpulan mengetuai nyanyian lagu khas batch kami yang mana lirik ditulis oleh Dr Sarah.

masa im nyanyi ni memang im mengalirkan air mata,terasa gembira ,lega, terharu, bercampur-baur ,sukar untuk im gambarkan perasaan tika tu.tuhan saja yang tahu.sebelum bersurai kami semua berdiri untuk memberi penghormatan russian national anthem.

maka bermulalah sesi fotografi di luar dewan, di atas pentas, di luar pharmacorpus dan di depan universiti. kakak memang banyak membantu.  tolong mengurus kasut,winter coat, bunga dan lain-lain. sememangnya pakcik yevgeni yang telah im tempah untuk sehari ni setia menanti di luar dewan.

terima kasih buat adik-adik usrah kak im, diyana,mala & hani yang sudi datang. terima kasih untuk bunga tu. terima kasih hani&anwar untuk coklat ferrero rocher.terima kasih fara( housemate) untuk bunga dan juga terima kasih ismail untuk ferrero rocher dan zoul,dathy,shira dll. terima kasih smua kerana datang sama meraikan.

terus sahaja yevgeni bawa im ,kakak & amir( im upah sebagai outdoor O.P= official photographer). bayangkan im di depan uni hanya dengan baju kurung dan jubah convo tanpa jacket ,memang sejuk.kejap-kejap kakak letak jacket im di bahu sementara menanti kawan-kawan lain untuk sampai.di depan uni.

paling best saat mortar board throwing ceremony.kalau sebelum ni gembira melihat gambar kawan-kawan baling topi,kali ni giliran im sendiri. serius seronok!Big Smile selepas 6tahun bersusah payah,hari ni terbayar sudah.

usai di depan uni, kami semua masuk ke dalam uni. hari ni kami perlu serahkan degree masing-masing kepada inspector. im dapat bergambar di depan bilik rector, dengan dean, vice-dean, head of international relations dept office, secretary, inspector, Prof oxothnikov( best surgeon), Dr kanin( my fav internal medicine teacher). tidak di lupa bergambar dengan abe& kakak di dalam office abe( Transrussian ) dan juga bersama Dr Kamal & abdullah( assistant abe)

slesai urusan di uni, trus saja naik keta dan terus ke Kursk Arc. im mahu bergambar di sempanan masuk Bandar Kursk, tempat im belajar erti hidup sebagai anak rantau. hari ni sejuk( -4 Celcius) malah snowing dengan lebat. happy dapat ambil video dan gambar dengan sepuas-puasnya. im rasa bertuah kerana ditauliahkan ketika musim sejuk,jarang-jarang sekali dapat. memang gambar cantik berlatar- belakangkan dengan salji yang memutih,senyaman di hati im hari ni.heheheSmile

sempat juga kami ke depan memorial p ark.entah kenapa im teringin sangat nak bergambar di sini. jam pun dah hampir jam 5.perut dah berkeroncong. jadi kami tidak berlengah lagi menuju Restoran Aristokrate.lawa interior design.sangat unik. kebetulan tiada orang masa tu.sungguh selesa & rpmantis suasananya. masa ni baru im punya peluang untuk telefon ummi.kami sama-sama sebak kerana gembira.tidak lama lagi im bakal pulang ke pangkuan ummi & keluarga.

salmon menjadi pilihan utama im hari ni. makanan di sini memang puas hati.setelah masing-masing kenyang,kami pun pulang bersama abe. hari ni im rasa senyum ni sampai ke telinga.alhamdulillah, hari ini im graduate juga.alhamdulillah...

entri ini im dedikasi khas buat ummi& ayh, adik-adik along ,nenek, abang, kakak&abe, ibu&abah, tidak dilupa buat aunties&uncles, kawan2 mengaji ummi, serta kawan-kawan yang mendoakan im .terima kasih semua .hanya tuhan sahaja yang mampu membalas kebaikan dan jasa baik kalian selama ini.doa im agar kalian semua bahagia di dunia dan di akhirat.ameen ya Rabb.

Smilefinally, i'm a doctor now.alhamdulillah.Smile

 


Posted at 10:28 pm by dr_fatimah

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry