|
 |
|
Wednesday, February 18, 2009
good bye kursk...good bye russia
saat ni im tengah bersiap sebelum bertolak dari kursk...pelbagai perasaan yang im rasa saat ni...gembira ,nervous, sedih dl...mudah2an selamat urusan di domodenovo airport...risau hal barang2 ni...khair insyaAllah
doakan perjalananku selamat sampai ke malaysia...
akhirnya hari ni hari terakhir im di kursk dan russia... selamat tinggal semua...
Posted at 04:49 am by dr_fatimah
Permalink
good bye kursk...good bye russia
Sunday, February 15, 2009
Ingredients:
For the pie crust 25 pcs Marie Biscuits or any other digestive biscuits, crushed or dry blended 1/4 cups margarine, melted ( Boleh cairkan guna microwave, 40sec on HIGH)
* Combine both and press on to baking tray. If you are using a spring foam baking tray it`ll be easier to take out but if you are using a normal baking tray, pls line it with grease proof paper. Easier to invert it out of tray. * Do not press crust mixture too hard or else you`ll find it difficult to cut the cake later on. * Refrigerate the crust while we prepare the cheese filling.
For the cheese filling 2 packages (250gm each) philadelphia cream cheese, softened 1/2 cup caster sugar 1/2 tspn vanilla essence 2 eggs 1 tblspn lemon juice(optional)
Method: 1. Beat cream cheese and sugar with electric mixture on medium speed until well blended. Add vanilla essence. 2. Add eggs and mix just until blended. Do not overmix. 3. Pour into crust. 4. Bake in a pre-heated oven at 170 deg celcius for 30mins-40mins or until centre of cake is almost set. Let cool for a while before refrigerate for 3 hrs or overnight. May be taken as it is or can be garnished as to your liking.
credit to apron of love
Posted at 02:47 am by dr_fatimah
Permalink
cheese cake recipe
Saturday, February 14, 2009
5..4..3..2..1..hari lagi nak balik malaysia
tak sabarnya nak balik....nak jumpa my family, ziarah my relatives, attend konvo kat malaysia(bulan depan @ hotel holiday villa,subang jaya), nk jumpa org tu(dengar dh 5bulan pregnant.congrats SM!!!), cuti-cuti m'sia(sarawak bumi kenyalang) , cuti puas-puas sebelum mula induction course &keje.
dalam pada tu, tak sabar nak tengok GENG especially si upin&ipin.hehe.betul..betul..betul..(ikut nada upin) dr adz dah pi tengok.

Posted at 01:01 am by dr_fatimah
Permalink
5..4..3..2..1..hari lagi nak balik malaysia
Monday, February 09, 2009
mabruk utk orang tu...
rezeki mereka pas sabar hampir 4bulan, akhirnya dpt ganti rugi tv lcd 32" kepada 42".serius cam ada wayang kat rumah.mula la im rasa smua karakter dalam tv nak melompat kua dari tv.hehe.
dapat juga im tgk tv baru mereka sebelum balik malaysia.im happy untuk mereka.nak la juga lcd nanti,boleh ye bang?
psss...jom tengok vcd convo kat lcd baru!
wawa-wiwa....telur asin yg kakak& im buat MENJADI...hanya 9hari jer tapi hasilnya uihhh..macam telur asin malaysia.ochin vkusna ( very delicious ) . sedap di makan dengan kari ayam dan keropok t'ganu . nyummy.

Posted at 05:21 pm by dr_fatimah
Permalink
LCD 42"
Sunday, February 08, 2009
hari ni hari ahad.2nd last sunday im di kursk dan russia.cuaca hari ni nyaman je,tapi kabus tebal sesangat. kali ni group im sepakat buat group makan-makan kat apartment allen&jenny.dah siap2 call pakcik yevgeni pukul 1.30ptg tapi im agak lewat bersiap dek perut meragam. hari ni imk serba hitam& kuning. jam 1.50ptg baru sampai 4th hostel,ambil ruben& mak dia.
jam 2.15ptg kami pun mula makan.pun masing-masing dah lapar (terutama org yg dari pegi SENGAJA tak makan ,simpan perut..hehe) dan sandun pukul 3 dah kena pegi kerja.ada tak im bagitau selama ni si sandun satu-satunya sri lankan dalam group im ni bekerja sebagai dance teacher kat salah satu pusat tarian di kursk.
hari ni seperti biasa,potluck basis. im masak ayam kicap berempah,ada sweet& sour fish (sirena& kwang wei), sotong masak asam pedas yg tak berapa pedas(pertama kali ah liang masak ni),masakan tofu (jenny),nasi ayam& nasi biasa (allen), grill chicken(sandun), boom2 fish sambal-peds giler & black pepper chicken( ruben), apple pie ( kate- gf ah liang) , air teh crysenthemum (jenny), lychee jelly ( sirena).
pas makan dan bergambar..tengok cd convo kami. suka tengok cover cd tu.puas hati.alhamdulillah.rasa happy dan mesra je semua orang.iada rezki kami jumpa lagi samada convo di malaysia @ wedding ah liang di sarawak bulan depan.(orang pertama kahwin dalam kumpulan kami). malam ni sirena akan pulang ke malaysia. dalam pukul 4.15 im dah minta izin pulang.pun penat jalan moscow tak habis lagi.
jom rehat..
Posted at 08:37 pm by dr_fatimah
Permalink
post-grad group party
Saturday, February 07, 2009
5 Feb '09 ( khamis)
hari ni group im kena kumpul kat 1st floor 5th hostel, sebab our photographer nak tunjuk hasil kerja dia semalam.hari ni kena bayar extra 300rb untuk cd.tak nafi untuk convo ni banyak kena belanja.tak pe.asal puas hati dan gembira. ye tak?
terus im ke bilik ambil barang yang perlu im bawa ke moscow malam ni..kasut,blanket dll. trus ke uni untuk urusan translation diplome. kena mengadap inspector dulu-cek semua sijil dan ambil diplome,kemudian ambil surat dari secretary then serah semua dokumen pada abe.
pastu kena beratur pula depan ovir untuk ambil salinan visa untuk ke moscow.kat sini sejam berdiri.memang penat la.abis je kat sini,singgah sebentar ke evropa sebab ahad ni kami(my group) akan buat our last group party.im akan masak ayam kicap berempah nanti.
tak lama pun di evropa, trus balik rumah.delete gambar dari digicam,charge hp& cam, mandi.sempat lagi tu chat kejap ngan orang tu.hehe.makan benjo dan trus bersiap.
lambat pula firas( driver taxi) sampai. im lewat sampai kat 4th hostel 5minit.elok je im naik bas, terus je bertolak. kali ni im ikut porgram KMSA- 1 day trip to moscow. smuanya kerana mahu bergambar di Red Square.ini bukanlah pertama kali im ke sana, tapi kali ke-3..tapi im tak jumpa mana gambar dulu.pun bayaran kali ni sama je kalau naik ketapi. 1250rb=rm125
sepanjang perjalanan im tidak boleh tidur.maybe terlalu penat/ tak selesa.lebih dari 3 kali( 5kali rasanya) bas berenti dek masalah tayar tak cukup angin.huhu.ada sekali jam 3lebih pagi,kami kena berdiri di luar bas in the middle of no where dengan sejuk yang amat sangat.
6 Feb '09 (jumaat)
pukul 9.30 pagi baru kami 25 orang( 1ibu, 4graduates & 20juniors) sampai di McD luar Moscow.bayangkanlah selepas 12jam perjalanan.memang penat. sejam saja kami ada untuk slesakan diri & breakfast.
destinasi pertama yang kami tuju semestinya Red Square, Kremlin. di sini bergambarlah sepuas hati. im tak masuk pun dalam kremlin, sebab pimpin mak ruben.sian dia sebab tak tahan sejuk,tambahan pula ada masalah kesihatan= spondyloankylosis, asthma, Dm. pas puas jalan, kami singgah di sbarro, untuk minum teh dan makan cheesecake.
kami jalan semula ke arah bas .lama betul kami tersekat di dalam kesesakan lalu- lintas. ikut rancangan asal, kami sepatutnya ke ismailovsky park tapi terpaksa terus ke Old Arbat street. di sini la kami hanya ada sejam sahaja untuk membeli souvenirs. tak de apa yang im cari melainkan music box & snow globe.hehe.tak lupa juga im beli topi bulu untuk ayah( dulu masa 1st year ayah ada sebut nak).
pastu kami ke destinasi seterusnya, Darwin museum.sampai pun dah lewat sebab traffic jam lagi.im & ruben hanya turun dan jalan kejap,sekadar bergambar dan balik semula ke dalam bas menanti juniors .
driver bas nampaknya sesat semasa menuju ke Mega-Ashan-Ikea.adala 2jam kami tersangkut lagi dalam traffic.memang kena banyak sabar. dah la im rasa lapar sangat sebab tapi tahankan aja.
sesampai je kat Mega,terus sahaja ke tempat makan. Tentu sahaja im cari nasi dan restoran arab yang im tuju dahulu.di sini kami hnya ada 2jam sahaja( 8-10malam) sebelum bertolak balik. sejam je dah ambil masa untuk makan,sejam lagi im ambil untuk merewang di dalam Mega( pernah im pegi di sini masa 2nd year bersama muni,anna,malik,ahmad,nizam).
hanya pukul 10.30 kami bertolak selepas semua selesai urusan masing-masing.pada mulanya im tak dapat tidur, lama-lama kalah juga mata ni. tapi apa yang im pasti,ada bau alcohol yang meloyakan masa tu.
7 Feb '09(sabtu)
2kali im terjaga untuk membetulkan posisi duduk.syukur sebelah im tak de orang(tak macam mula pegi)..lenguh leher im dek tidur berpaling ke kiri.malang tidak berbau.jam 5.20pagi macam tu,im terjaga dengan hentakan kepala ke kerusi depan.Allah...dan im senget ke kanan.
Astaghfirullah..rupanya bas yang im naik tu sudah senget ke kanan.im duduk di kerusi belah kiri.jadinya badan im senget sebelah.huhu.trus kecoh kejap.terdengar ada yang menjerit..dan im pasti tu mak ruben yang duduk di kerusi depan sekali. terus sahaja driver matikan enjin dan keluar dari bas.aduhai...apa yang terjadi sebenarnya???
syukur ada beberapa lelaki yang benar lelaki cepat berfikir.mereka terus keluar dari bas dan memaklumkan keadaan semasa kami.rupanya kami telah jatuh terjunam ke kanan jalan dalam 10meter dan bas tersekat di dalam snow yang tebat.
perasaan im? mestilah takut.istighfar tak putus-putus .mula la ingat famili di malaysia. terus sahaja mesej abang dan call kakak.rasa bersalah sebenarnya ganggu kakak tidur seawal pagi 5.25pagi tapi im risau seandainya apa-apa terjadi pada diri im,sekurangnya ada orang di kursk yang im rapat tau keadaan im.
ummi,maafkan along tak terus maklumkan pada ummi ,kerana along tak mau ummi risau.terima kasih abang kerana bekerjasama.harap ummi faham.dan along yakin ummi faham kenapa along mengambil tindakan tu.
memang sejuk kami dalam bas tu.iyela,tanpa enjin...heater pun tak berfungsi.menggigil..dan sakit jari-jari kaki kanan im sebab bertahan untuk tampung badan dari jatuh. masa tu allan( wakil KMSA) yang bertanggungjawab terus call pengerusi ,abg J dan juga salah seorang KMSA (marcus yang bercuti di moscow-ikut kami dalam rombongan ) untuk urusan bas yang baru.
kedudukan kejadian dari kursk adalah 200km.bayangkan kami perlu menanti bas ganti dari kursk..busuk-busuk pun bas hanya sampai selep[as 2jam dalam pukul 7 macam tu.tuhan je yang tahu betapa risau nya hati kami 23orang ini.
syukur bantuan Allah sampai, ada satu mashrut( van sampai) dan kami seramai 23 orang ini menaiki dam bersempit-sempit.ada beberapa yang berdiri di belakang.masa tu jam 6.40pagi..ada seorang junior yang bantu im naik ke jalan kerana snow tersangat tinggi sampai ke lutut.syukur im dapat duduk di kerusi depan bersama ruben.
malam tu memang snowing.dan dari cerita yang im terima dari mereka yang masih berjaga ketika kejadian,dipercayai driver tertidur dan terus menghimpit ke kanan jalan.astagfirullah...dan im yakin dia mabuk.dan im perasan ..kalau sebelum ni si pokcik driver ni marah-marah(maybe sebab masalah tayar dia), lepas je incident tu,nampak dia rasa bersalah sangat dan diam membatu.
masa mula van berjalan,im cadang untuk berjaga sahaja.tapi tertidur juga akhirnya.dek penat dari sebelum hari convo lagi...
dalam jam 7lebih,kami sampai di satu station bas,di sini 8orang termasuk im di kehendaki pindah ke mashrut yang lagi satu.kali ni im sendiri volunteer duduk kerusi depan. sempat im ambil video keadaan jalan-raya di russia.dari sini,kami masih punya 100km seleum sampai di kursk. terlena juga im .
selepas pokcik driver hantar 7orang yang lain di 4th hostel termasuk ruben& mak dia, im minta tolong pakcik tu hantar im ke junction jalan masuk ke rumah kakak.dan im sampai rumah pukul 9.50pagi.
masa tu nampak kakak& abe nampak bizi simpan barang sebab ada orang akan datang pasang pintu untuk bilik belakang &dapur.selepas mandi,trus im berehat di dalam bilik dan breakfast sebelum bercerita hal sebenar dan layan hindustan yang kami tengok dulu( kes tak sempat habis ) untuk biar tidur.im hanya tidur jam 2lebih dan terjaga jam 5.
sungguh ku tak sangka.sebelum im tidur im call ummi.syukurlah kami semua selamat dan dilindungi Allah.alhamdulillah. TQ ALLAH...TQ ALLAH..TQ ALLAH...
im tau im masih penat,malam tu juga im pastikan masak ayam kicap untuk party esok.dan malam tu im tidur dengan lena sekali.
bismikallahumma ahya wa amut~~~
Posted at 11:08 pm by dr_fatimah
Permalink
1 day Trip To Moscow
Wednesday, February 04, 2009
hari ni 4FEB'09 merupakan hari yang im tunggu-tunggu dalam hidup im.seawal jam 5pagi im dah banguan dari tidur.tidak terus bangkit dari tempat tidur,im mesej dahulu keluarga di malaysia.belai dan manjakan vivo untuk 30minit dahulu baru im mandi menyegarkan diri.
breakfast im pagi ni nasi dan rendang daging.hehehe.walaupun awal,cukuplah setakat mengalas perut.nescafe sudah semestinya menjadi pilihan im.ikut rancangan Elena " master makiash" (make up artist) sampai jam 8.30pagi,tapi Elena sampai 15minit awal.jadi dia kena lah tungguh im bersiap dahulu.sementara tu syukur ada vivo,kebetulan Elena memang pecinta kucing...jadinya tidak la dia bosan menunggu.
8.40pagi baru im bersedia untuk di-make up, selepas 45minit kemudian baru siap.trus im ke bilik untuk menukar baju dan pakai tudung.sungguh manja tudung im hari tu,kakak dah siap pun im belum juga siap.hehe.
pakcik yevgeni(taxi driver) kesayangan kami telah pun sedia menanti di bawah dari jam 10 lagi. im hanya turun 10.50.memang agak lewat im sampai ke dewan.ikut kan janji jam 10.30 pagi kumpulan kami sepakat untuk berada di sana.untuk bergambar sebelum majlis bermula.im fikir im orang terakhir, rupanya sirena &shamini lagi lambat.wink.
tidak IM sangka kakak datang membawa a bouquet of 13roses-6 pink roses & 7yellow roses. terima kasih kakak & abe. sungguh cantik susunannya dan trust me, roses di russia ni berat belaka.tidak seperti roses di malaysia,kurus sahaja tangkainya dan kecil bunganya.
jam 11.45 kami semua telah beratur mengikut susunan nama& kumpulan.apabila VVIP sampai mereka mendahului perarakan masuk ke dalam Dewan Utama Pharmacorpus diikuti para graduan.perasaan im masa tu punya gembira dan tidak sabar rasanya.tidak im sangka dewan hari ni sungguh padat dan kakak duduk di kerusi belakang di sebelah kanan dewan.
sungguh hari ini adalah nyata.bukan mimpi lagi.hari ni merupakan MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-20 BAGI WINTER BATCH 2009. selepas 4graduan yang menerima RED DIPLOMA@ best students( di Russia semua anugerah berbentuk sijil di panggil diplom) , im dan graduan yang lain menanti giliran untuk menerima ijazah masing-masing.
im rasa gembira dan lega ketika menerima ijazah perubatan dari Acting-Rector kami, Prof Victor Anatolievich Lazarenko Smua ini dengan izin Allah serta sokongan doa dan restu khususnya kedua ibu bapa im,nenek Mariam, adik-adik dan keluarga sekaliannya.walau mereka tidak dapat dapat hadir bersama di hari bahagia im, tapi im tau mereka juga meraikan bersama dari jauh. 
selepas ucapan demi ucapan,sesi angkat sumpah sebagai fresh graduates di ketuai oleh salah seorang kembar,Dr. Joulyn. masa ni di dalam hati im mohon kekuatan dan bantuan dari Allah mudah-mudahan program housemanship nanti dimudahkan.sebelum majlis tamat,wakil-wakil dari setiap kumpulan mengetuai nyanyian lagu khas batch kami yang mana lirik ditulis oleh Dr Sarah.
masa im nyanyi ni memang im mengalirkan air mata,terasa gembira ,lega, terharu, bercampur-baur ,sukar untuk im gambarkan perasaan tika tu.tuhan saja yang tahu.sebelum bersurai kami semua berdiri untuk memberi penghormatan russian national anthem.
maka bermulalah sesi fotografi di luar dewan, di atas pentas, di luar pharmacorpus dan di depan universiti. kakak memang banyak membantu. tolong mengurus kasut,winter coat, bunga dan lain-lain. sememangnya pakcik yevgeni yang telah im tempah untuk sehari ni setia menanti di luar dewan.
terima kasih buat adik-adik usrah kak im, diyana,mala & hani yang sudi datang. terima kasih untuk bunga tu. terima kasih hani&anwar untuk coklat ferrero rocher.terima kasih fara( housemate) untuk bunga dan juga terima kasih ismail untuk ferrero rocher dan zoul,dathy,shira dll. terima kasih smua kerana datang sama meraikan.
terus sahaja yevgeni bawa im ,kakak & amir( im upah sebagai outdoor O.P= official photographer). bayangkan im di depan uni hanya dengan baju kurung dan jubah convo tanpa jacket ,memang sejuk.kejap-kejap kakak letak jacket im di bahu sementara menanti kawan-kawan lain untuk sampai.di depan uni.
paling best saat mortar board throwing ceremony.kalau sebelum ni gembira melihat gambar kawan-kawan baling topi,kali ni giliran im sendiri. serius seronok! selepas 6tahun bersusah payah,hari ni terbayar sudah.
usai di depan uni, kami semua masuk ke dalam uni. hari ni kami perlu serahkan degree masing-masing kepada inspector. im dapat bergambar di depan bilik rector, dengan dean, vice-dean, head of international relations dept office, secretary, inspector, Prof oxothnikov( best surgeon), Dr kanin( my fav internal medicine teacher). tidak di lupa bergambar dengan abe& kakak di dalam office abe( Transrussian ) dan juga bersama Dr Kamal & abdullah( assistant abe)
slesai urusan di uni, trus saja naik keta dan terus ke Kursk Arc. im mahu bergambar di sempanan masuk Bandar Kursk, tempat im belajar erti hidup sebagai anak rantau. hari ni sejuk( -4 Celcius) malah snowing dengan lebat. happy dapat ambil video dan gambar dengan sepuas-puasnya. im rasa bertuah kerana ditauliahkan ketika musim sejuk,jarang-jarang sekali dapat. memang gambar cantik berlatar- belakangkan dengan salji yang memutih,senyaman di hati im hari ni.hehehe
sempat juga kami ke depan memorial p ark.entah kenapa im teringin sangat nak bergambar di sini. jam pun dah hampir jam 5.perut dah berkeroncong. jadi kami tidak berlengah lagi menuju Restoran Aristokrate.lawa interior design.sangat unik. kebetulan tiada orang masa tu.sungguh selesa & rpmantis suasananya. masa ni baru im punya peluang untuk telefon ummi.kami sama-sama sebak kerana gembira.tidak lama lagi im bakal pulang ke pangkuan ummi & keluarga.
salmon menjadi pilihan utama im hari ni. makanan di sini memang puas hati.setelah masing-masing kenyang,kami pun pulang bersama abe. hari ni im rasa senyum ni sampai ke telinga.alhamdulillah, hari ini im graduate juga.alhamdulillah...
entri ini im dedikasi khas buat ummi& ayh, adik-adik along ,nenek, abang, kakak&abe, ibu&abah, tidak dilupa buat aunties&uncles, kawan2 mengaji ummi, serta kawan-kawan yang mendoakan im .terima kasih semua .hanya tuhan sahaja yang mampu membalas kebaikan dan jasa baik kalian selama ini.doa im agar kalian semua bahagia di dunia dan di akhirat.ameen ya Rabb.
finally, i'm a doctor now.alhamdulillah.
Posted at 10:28 pm by dr_fatimah
Permalink
MY GRADUATION DAY
Tuesday, February 03, 2009
hari ni hari selasa. tengahari lepas bersiap,trus keluar ke kedai kasut bsebelahan dengan ceverniy rinak. tapi langsung tak de yang berkenan.masuk pula dalam rinak tapi faham-faham je la..sekarang ni musim sejuk.mana la ada koleksi kasut yang comel-comel.semuanya winter boot belaka.sempat pula pegi kedai kasut sebelah saloon yang im potong rambut dulu.tapi xde juga yang berkenan.
terus je im ajak kakak ke SUM sebab ada kedai kasut yang baru buka.besar pula.dan im bersyukur sangat jumpa kasut yang benar-benar sesuai dengan baju yang bakal im pakai esok untuk hari besar im. alhamdulillah
slesai urusan di sini,terus im ke pharmacorpus untuk final rehearsal. semuanya nampak teruja dan tak sabar menanti esok.tak dilupa juga im pastikan agar Dr Galena sebut nama ayah im dengan betul.kerana untuk ejaan menggunakan russian alphabet MOHD akan disebut MOXD (baca: moxhed).biarpun ayah tidak dapat hadir ,tapi ada videoman esok,pastinya video nanti akan menjadi bukti dan ingatan untuk masa hadapan.biarlah nama ayah im disebut dengan betul selayaknya.
im tak tunggu sampai habis pun,sebab perlu ke hostel ambil barang-barang yang perlu.sushi menjadi juadah makan malam kami. haruslah malam ni im tidur awal agar tampak segar esok hari.
tuhan je tahu betapa nervous diri ini.
ya Allah,Kau lancarkanlah majlis graduasi ku esok.ameen
tak sabarnya nak tungguk esokkkkkkkkkkkk
Posted at 09:56 pm by dr_fatimah
Permalink
pre-graduation day
Monday, February 02, 2009
aduhai..sungguh tak kusangka hari ni mencatat sejarah dalam hidup im&kakak. hari ni kami buat pertama kalinya baked cheese cake!!! im sendiri tak percaya.rupanya mudah jer nak buat.selama ni kalau teringin nak makan cheese kak,mula la ke KOFEINIYA .tak pun ke cafe kat PUSHKINSKY.kalau sepotong cheese cake di sini boleh mencapai 150rb=rm15( tukaran wang sekarang 10.1), kini tidak lagi,dah boleh buat sendiri dan makan la sepuas-puasnya.
puas kami cari philadelphia cream cheese tapi tak pula jumpa kat kursk ni.so kakak beli product italy je.memang makan puas hati la.senyum-senyum im masa makan.hehehe.pasni boleh try guna cream cheese yang len.
esok ada rehearsal pukul 3petang..jom!

Posted at 02:31 pm by dr_fatimah
Permalink
cheese cake
Sunday, February 01, 2009
hari ni im main masak-masak dengan kakak.kali ni kami try masak rendang daging menggunakan smetana(sour cream) sebagai menggantikan serbuk santan. beriya im menggoreng kelapa dan tumbuk sampai jadi kerisik.walla...memang sedap betol la.slama ni kalau mahukan rendang kena tunggu masa raya .paling tidak pun menggunakan bantuan pak brahim( instant brahim )...hehe.lepas ni tidak lagi.
hari ni juga im try wat sambal bilis,tempe dan kentang yang kering.memang selama ni kalau masak pun,mesti sambal tu jadi basah punya la.credit to halieliza.blogspot punya resepi.memang masyuk la. makacih untuk tempe goreng yg telah kakak bawa khas dr sabah balik bebaru ni.hehe.
sebut pasal sambal bilis,kacang&tempe, masa balik dr malaysia bulan 9 tahun 2004...im beriya minta ummi masakkan sambal ni untuk bekalan kat sini.elok dah ummi packing,memang nak pastikan tidak terjadi kes minyak tumpah.tapi memang tak rezeki im,elok sampai kursk...im buka je beg besar...habis 50% dari baju,beg,tudung im berminyak belaka.memang sedih la masa tu.iya la kan,satu sebab masakan mak yang susah payah sediakan,bawa pula terbang jauh beribu batu,habis smua berminyak dengan beg im pun kena..yang lagi haru kat sini masa tu bekalan air tak de sebabnya bilik (915) yang im baru pindah tu paipnya bocor sebelum im sampai.apapun,semua ni kenangan yang pasti im kenang sampai bila-bila
hari ni tolong kakak wat telur asin.2kotak garam kakak bli.pengalaman sungguh.dan simpan dalam bangka(botol besar). tak sabar nak rasa telur asin kakak.brape lama agaknya telur tu akan jadi masin wahai kawan-kawan yang bijaksana?
Posted at 02:18 pm by dr_fatimah
Permalink
mari mencuba...
|
|
|